Forum for listeners / fans / supporters of W.O.E METAL RADIO/TV and all METALLERS SEJAGAT!
 
HomewoeportalRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Keywords
Latest topics
» WOE dalam proses resurrection
Thu Aug 13, 2015 4:04 pm by Admin

» Mu-Aru (Muar Mythical Death/Thrash Metal)
Mon Apr 28, 2014 5:27 pm by brader buang

» KREATOR LIVE IN KL!!
Wed Mar 26, 2014 2:46 am by Admin

» MARJINAL - MALAYSIA TOUR 2013 LIVE IN KL
Sat Apr 13, 2013 12:19 am by Admin

» Kl METALCAMP VI
Sat Apr 13, 2013 12:16 am by Admin

» OBITUARY live in Singapore, 28th April 2013
Sat Apr 13, 2013 12:14 am by Admin

» FESTIVAL MUZIK BUDAK SOGHOMBAN 2013
Sat Apr 13, 2013 12:12 am by Admin

» BERTUKANG MALAM-MALAM EPISOD 2
Sat Apr 13, 2013 12:10 am by Admin

» "Habis Madu Sepah Di Buang Part 1"
Sat Apr 13, 2013 12:08 am by Admin

January 2017
MonTueWedThuFriSatSun
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     
CalendarCalendar
Affiliates
free forum


Share | 
 

 ZURIARTS Biografi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Shah Zuriarts



Posts : 2
Join date : 04/08/2012

PostSubject: ZURIARTS Biografi   Sat Aug 04, 2012 12:30 pm

ZURIARTS Biografi

ZURIARTS yang mempertengahkan irama Melodic Black/Death Metal ini mula di tubuhkan oleh Shah Disaster (X-Basis band old school Thrash Metal dari Taiping iaitu VIOLATOR) pada bulan april 2004 di Seremban N.Sembilan. Pada masa itu, Zuriarts hanya ada satu-satunya anggota tetap iaitu Shah sendiri dan zuriarts dilengkapi oleh ahli jemputan yang telah mempunyai band sendiri. Zuriarts pada masa itu di anggotai oleh :-

Shah Disaster – Lead Gitar & vocal
Nuar - Drum
Az - Bass
Mann - Gitar

Di awal penubuhan, Zuriarts banyak membawa lagu cover dari Athotorgh, Iron Maiden, Slayer, Cradle Of Filth, Langsuyr, Hayagriva dan lain- lain lagi. Zuriarts juga pada masa itu telah mempunyai lagu sendiri ciptaan Shah Disaster yang bertajuk Dead To Hell. Pada 2hb Mei 2004, Zuriarts telah beraksi dalam sebuah gig anjuran saudara Padil (Haggard) di Little Havana Club, Bukit Bintang bersama dengan band yang telah mencipta nama iaitu The Hidden, Dark Nirrajim, Halun, Natas, Farasu & lain – lain lagi. Zuriarts telah menyumbangkan 4 buah lagu iaitu 3 buah lagu cover dari Athotorgh (beyond the serpent scream), Slayer (mandatory suicide) dan Misfits (death come ripping) dan 1 lagu sendiri yang juga telah menaikkan nama zuriarts bertajuk Dead To Hell. Secara tidak langsung dari gig tersebut, Zuriarts telah mengeluarkan material pertama iaitu ZURIARTS – PROMO REHERSAL VCD LIVE in GIG 04…

Pada tahun 2005, Shah telah kembali ke kampung halaman iaitu Taiping, perak dan mencari ahli baru untuk berjuang bersama zuriarts. Akhirnya bertemu dengan beberapa ahli dan juga telah mengeluarkan EP pertama zuriarts pada tahun 2006 yang bertajuk ZURIARTS – Arrival Of The Dark Descent EP`06. Di rilis oleh Astral Lore Production.

Ahli Zuriarts tersebut adalah :-

Shah - Lead Gitar & Vocal
Fizie - Drum
Ally - Gitar
Epiet - Bass





Pada 2008, Shah terpaksa mencari ahli-ahli baru semula untuk melengkapi Zuriarts kerana ahli yang sedia ada terpaksa tarik diri kerana kerja dan tugas masing-masing yang perlu di beri sepenuh perhatian. Dengan perkenalan antara Shah dan saudara Azil, beliau telah membantu mencari ahli baru untuk zuriarts dan mereka semua menetap di Pulau Pinang. Dengan ahli baru ini juga, berlaku pertukaran posisi dalam permainan instrument.

Ahli terkini Zuriarts :-

Shah - Bass & Vocal
Azil - Lead Gitar
Amir - Gitar
Mizal - Drum
Yon - Keyboard

Dengan ahli yang ada, zuriarts mula mengembangkan kembali nama. Pada tahun 2009, Zuriarts telah mengeluar kan album split bersama band SYMPHONY OF BLACK SCULPTURE dari negara jiran iaitu Thailand bertajuk ZURIARTS/ SYMPHONY OF BLACK SCULPTURE - Satanity Diabolical Siamese Malaysian Unholy Split. Dan split tersebut di rilis di bawah label Mutilationary Records dari negara tersebut. Sepanjang pembabitan, Zuriarts juga telah terlibat dengan beberapa album kompilasi dan telah beraksi di beberapa gig yg terdapat di Malaysia.

Pada Oktober 2011, Zuriarts telah mengeluarkan 2nd EP yang bertajuk ZURIARTS – Kesakitan Abadi di bawah label Trooper Art Regime Distro… Dimuatkan 3 buah lagu baru yang berlirikkan bahasa melayu. Juga dimuatkan 2 lagu lama yg di remix semula serta 1 lagu live.

2nd EP ini juga akan di rilis semula oleh sebuah label dari Thailand iaitu Mutilationary Record. Label yang sama menerbitkan album split Zuriarts pada tahun 2009.

Pada March 2012 telah berlaku penyingkiran dan penarikan diri dari band iaitu saudara azil dan saudara mizal dari band.
Dengan semangat yang ada, Shah zuriarts tetap meneruskan projek yg telah di rancang untuk zuriarts.
Maka pada April 2012, Lahirlah single Zuriarts yang bertajuk ZURIARTS- The Fairy Tears.
Single ini telah di riliskan di bawah label NightArt Production dari Taiping.

Pada bulan April 2012 juga, Zuriarts telah di lamar oleh Jenggala Production sebuah label dari Indonesia kepunyaan saudara Van Dark untuk projek Split bersama sebuah band dari Indonesia. Berkemungkinan akan di riliskan dalam tahun 2012 ini juga.

Pada Julai 2012, Shah telah masuk semula studio untuk rekod 1 lagu tribute untuk Silent Death.. Beliau telah mendapatkan bantuan saudara Jack Viniir untuk bermain drum. Tribute tersebut akan di keluarkan oleh Label Meta Lzone …

Zuriarts juga telah mengatur rancangan untuk projek split album bersama sebuah band Black metal dari taiping iaitu ZUBIRUN.

Nantikan rilisan terbaru dari Zuriarts.. Terima Kasih.



ZURIARTS DISCOGRAPHY

May 2004 – ZURIARTS – PROMO REHERSAL VCD LIVE in GIG 04…
September 2006 - ZURIARTS – Arrival Of The Dark Descent EP`06
November 2009 – ZURIARTS / SYMPHONY OF BLACK SCULPTURE -
Satanity Diabolical Siamese Malaysian Unholy Split Album.
October 2011 - ZURIARTS – Kesakitan Abadi 2nd EP`
April 2012 – ZURIARTS - The Fairy Tears (Single)
June 2012 - ZURIARTS – Kesakitan Abadi 2nd EP`(Thailand re-release)





Hubungi Shah Zuriarts di :
Facebook : Shah Zuriarts / Zuriarts
Back to top Go down
Admin
Admin


Posts : 31
Join date : 02/08/2012
Age : 42

PostSubject: Re: ZURIARTS Biografi   Sat Aug 04, 2012 12:53 pm

Shah Zuriarts wrote:
ZURIARTS Biografi

ZURIARTS yang mempertengahkan irama Melodic Black/Death Metal ini mula di tubuhkan oleh Shah Disaster (X-Basis band old school Thrash Metal dari Taiping iaitu VIOLATOR) pada bulan april 2004 di Seremban N.Sembilan. Pada masa itu, Zuriarts hanya ada satu-satunya anggota tetap iaitu Shah sendiri dan zuriarts dilengkapi oleh ahli jemputan yang telah mempunyai band sendiri. Zuriarts pada masa itu di anggotai oleh :-


Hubungi Shah Zuriarts di :
Facebook : Shah Zuriarts / Zuriarts

TQ Shah;

nanti masukkan link terus ke page Zuriarts, serta mana2 release yang nak dijual, buka thread kat JUAL BELI

TQ
Back to top Go down
http://woemetal.phpdevil.com
Admin
Admin


Posts : 31
Join date : 02/08/2012
Age : 42

PostSubject: Re: ZURIARTS Biografi   Sat Aug 04, 2012 1:43 pm

Contoh saya share link dr FB bro..

[You must be registered and logged in to see this image.]
Back to top Go down
http://woemetal.phpdevil.com
Sponsored content




PostSubject: Re: ZURIARTS Biografi   Today at 5:43 am

Back to top Go down
 
ZURIARTS Biografi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
W.O.E METAL FORUM :: METALLERS KINGDOM (BANDS, LABELS, ZINE, DISTRO ETC ) :: BANDS-
Jump to: